Mata … Pelbagai guna dan fungsi organ Allah SWT kurniakan kepada kita, untuk membantu melengkapkan sesuatu perasaan yang lahir dari hati … Dengan mata lah kita dapat menikmati pemandangan indah yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bagi mereka yang masih membaca setiap butir huruf dan perkataan yang dikarang oleh aku ini, bersama lah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih dipinjamkan lagi nikmat penglihatan ini.
Air mata … Pelbagai maksud tersirat di sebalik air mata itu … Tidak kira jantina, kaum, mahu pun warna kulit, air mata mempunyai maksud tersendiri apabila ia mengalir, samada kita kegembiraan, keriangan, atau pun yang paling berat adalah KESEDIHAN …
Sekali lagi pada 18 Disember 2011, air mata aku mengalir sekali lagi, untuk dia atau kerana dia??? Aku masih tak mengerti. Aku sudah hampir boleh terima kehilangannya di sisi ku kerana keegoan aku, tapi kenapa perlu air mata ini mengalir lagi pabila melihat dirinya pergi bersama yang lain ??? Mungkinkah ada sedikit atau sepalit perasaan sayang terhadap dirinya yang masih aku gagal lupuskan???
Bagaimana sekiranya bukan sedikit atau sepalit perasaan sayang ??? Tetapi segumpal atau sebuku hati masih menaruh perasaan pada seseorang yang aku masih tidak tahu isi hatinya pada ku ???
Berdosakah aku menganggu kebahagiaan seseorang demi kebahagiaan diriku ??? Adakah aku terlalu mementingkan diri ??? Sekiranya aku membiarkannya, aku tak tahu sejauh mana hati aku mampu bertahan melihat kau tersenyum bersama yang lain dari jauh ??? Bukan cemburu atau iri hati, tetapi perasaan sayang masih menebal di dalam lubuk sebuku hati aku ini …
Awak … Saya janji takkan buat begitu lagi… Saya akan memandang awak dari jauh dan takkan menganggu awak lagi …
Wǒ bù huì ràng zhè zhǒng gūdú de gǎnjué zài wǒ de qiányìshí dòngjié, wǒ xiāngxìn yīqiè yǒu měidé, wǒ huì yòng wǒ de zìwǒ lüèduó tā.
I’m so sorry if my mandarin totally miss out, i just refer with my chinese dictioanary.
Ok … Fly off … Daa…